Resepi Lemang Tepung Utara


Lemang Tepung adalah makanan tradisi orang kampung di negeri Perak, kebiasaannya makanan legend dan rare ini boleh kita jumpa / rasa pada hari raya.

Terdapat dua perisa iaitu Gula Merah atau Pandan. Bahan nya amat ringkas cuma Tepung Gandum, Santan Pekat dan Gula & Gula Merah dan sedikit Garam dibancuh bersama , seterusnya dibakar seperti lemang biasa. Jom kita tengok bahan & cara menyediakannya.



Resepi Lemang Tepung Pandan

Bahan-bahan yang diperlukan :-

  • 1 kilogram Tepung Gandum
  • 1/2 kilogram Gula Pasir
  • 3-4 liter Santan Pekat 
  • Air secukupnya
  • Daun Pandan *dikisar dan diambil airnya
  • Buluh dan daun pisang

Cara-cara penyediaanya :- 

  1. Pertama, campurkan semua bahan diatas
  2. Pukul bancuhan adunan agar ia Gulanya larut ,adunan sekata dan tidak berketul-ketul.
  3. Tapis bancuhan adunan sebelum ia dimasukkan kedalam buluh.
  4. Kemudian, bakar sehingga masak dan garing seperti lemang biasa
  5. Selamat Mencuba. 

0 Response to "Resepi Lemang Tepung Utara"

Post a Comment