Resepi Masak Lemak Sotong Cili Api yang Simple




Bahan-bahannya

  • 1 kilogram Sotong - dibersihkan dan dipotong
  • 1 biji Ubi Kentang - dibersihkan dan dipotongkan
  • 2 batang Serai
  • 1 kotak Santan Segera - jika ada santan segar lebih bagus
  • 1-2 keping Asam Keping
  • Garam dan Gula - secukup rasa

Kisar halus/tumbuk

  • 1/2 biji Bawang Besar
  • 4 biji Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • Sedikit Kunyit Hidup
  • Sedikit Halia
  • 7 biji Cili Api (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)

Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, masukkan bahan yg telah dikisar tadi
  2. Tumis seketika sehingga naik bau, kemudian masukkan:
  3. 2 batang serai (dititik)
  4. 1-2 keping asam keping
  5. Masuk ubi kentang, biarkan sedikit empuk
  6. Kemudian , masukkan sotong
  7. Agak2 sotong dah separuh masak, masukkan:
  8. 1 kotak kecil santan
  9. Sedikit air
  10. Kacau sebati
  11. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa
  12. Siap!

0 Response to "Resepi Masak Lemak Sotong Cili Api yang Simple"

Post a Comment