Resepi Sihat : Sambal Mempelam Ikan Kembung



Resepi sambal pembuka selera, makan dengan nasi putih panas-panas memang layan ni.
Bukan sahaja ringkas tetapi ia adalah menu sihat.  
Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan. 


Bahan-bahan yang diperlukan ;-

4 ekor ikan kembung *dibakar guna frying pan
4-5 biji buah mempelam muda (disagat kasar)
1/2 Inchi belacan.
12 biji Cili Api.
4 biji limau nipis * ambil jus perahan.
1 sudu besar garam (secukup rasa)
1 sudu besar gula (secukup rasa)
.
Cara- cara penyediaannya:
  1. Pertama, bakarkan Ikan Kembong dan asingkan tulang-tulang ambil hanya isi ikan. 
  2. Kemudian, ambil lesung tumbuk, tumbukkan Cili Api, Belacan dan Garam 
  3. Kemudian masukkan mempelam muda yang telah disagat kasar, tumbuk sehingga separa lumat.
  4. Kemudian masukkan kedalam bekas, gaulkan bersama bahan-bahan yang ditumbuk bersama Isi Ikan Kembong tadi.
  5. Masukkan gula, garam dan perahan jus limau nipis. 
  6. Gaul sampai sebati. 
  7. Sedia untuk dihidang.
  8. Selamat Mencuba
kredit resipi : Norhayati Mat Saat

0 Response to "Resepi Sihat : Sambal Mempelam Ikan Kembung "

Post a Comment