Resepi Tauhu Bergedil Serta Sambal Kicap yang ringkas

Resepi Viral yang mudah, Selamat mencuba. 






Bahan-bahan yang diperlukan :- 
  • Tauhu Goreng - *beli dalam peket 
  • 1 biji Telur
  • Tepung jagung

Bahan-bahan untuk membuat Inti 
  • 2 biji kentang * direbus
  • 1 keping daging kisar
  • 1/2 batang Lobak Merah
  • Setangkai Daun Sup
  • 1 kiub Ayam
  • 3 sudu kecil Bawang Goreng
  • 1 biji Bawang Besar
  • Sedikit seasoning

Bahan-bahan untuk Sambal Kicap
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 10 btg cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu kecil Gula * secukup rasa
  • 1 1/2 sudu kecil Garam * secukup rasa
  • 6 biji jus perahan Limau Kasturi


Cara-cara menyediakannya :- 
  1. Rebus kentang terlebih dahulu.
  2. Kemudian satukan kesemua bahan inti ke dalam pengisar dan kisar halus.
  3. Sumbatkan inti ke dalam tauhu goreng.
  4. Celupkan tauhu ke dalam telur dan golekkan dengan tepung jagung, Kemudian goreng senhingga garing.
  5. Untuk menyediakan sambal Kicap,
  6. Satukan kesemua bahan dan kisar. Perasakan ikut selera. 
  7. Tauhu begedil sedia dimakan bersama sambal kicap.
  8. Selamat mencuba. 
Kredit gambar : Che Norzafira 

0 Response to "Resepi Tauhu Bergedil Serta Sambal Kicap yang ringkas "

Post a Comment